Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Pada kali ini saya akan menceritakan mengenai beberapa orang usahawan yang telah berjaya di Malaysia. Saya berharap, selepas para pembaca membaca tentang usahawan-usahawan ini, kita semua akan mendapat maklumat berguna dan terdorong untuk menjadi seperti mereka. :)
Nama sebenar beliau adalah Anthony Francis Fernandes. Beliau kini berusia 50 tahun. Beliau merupakan seorang Pengarah Air Asia Berhad dan merupakan pengasas Tune Group Sdn. Bhd.
Menceritakan bagaimana beliau boleh berkecimpung dalam dunia perniagaan dan keusahawanan ini, pada mulanya Tony Fernandes berkata bahawa idea itu datang secara tiba-tiba ketika beliau berada di London.
Dia sedang menonton iklan di kaca televisyen dan beliau melihat iklan mengenai syarikat penerbangan tambang murah yang di sediakan di negara tersebut. Beliau tuba tiba berfikir mahu membuat dan mengembangkan perniagaan seperti itu di Malaysia kerana di Malaysia masih belum ada lagi syarikat penerbangan tambang murah seperti itu.
Beliau seterusnya mengumpul modal bersama rakan beliau untuk memulakan perniagaan dan seterusnya beliau akhirnya berjaya mendapatkan RM 1 juta. Dengan adanya modal sebanyak itu, beliau mendapatkan persetujuan perdana menteri Malaysia iaitu Dr. Mahathir untuk memulakan perniagaan ini.
Sehingga kini, Air Asia masih lagi bertahan sebagai peneraju penerbangan tambang murah.
2. DATO' JIMMY CHOO
Nama sebenar beliau ialah Jimmy Chow. Bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan bapanya adalah seorang tukang kasut, Ketika belau berumur 11 tahun, beliau bejaya membuat sepasang kasut dan akibat dorongan oleh kaum keluarga, beliau akhirnya menyambung pngajian dalam bidang fesyen di luar negara iaitu London.
Selepas tamat pembelajaran di London, belia pulang dan membuka sebuah kedai di sana namu malangnya permintaan kasut beliau tidak memberangsangkan. Tahun demi tahun, akhirnya beliau telah mula dikenali. Perniagaannya semakin berkembang dan akhirnya jenama Jimmy Choo dikenali ramai.
Antara pelanggan yang pernah menggunakan kasur beliau adalah golongan artis dan para pelakon daripada negara negara luar. Jenama kasut Jimmy Choo menjadi satu jenama yang ekslusif yang banyak digayakan oleh artis daripada Hollywood.
Kejayaan beliau ini merupakan satu kejayaan besar bagi diri beliau dan keluarga dan menyumbang kepada ekonomi negara.
Contoh yang boleh diambil dari cerita beliau adalah mengenai sifat tidak berputus asa. Beliau sangat cekal dalam menjalankan perniagaan walaupun perniagaan beliau tidak selalunya untung pada mulanya.
3. TAN SRI SYED MOKHTAR SHAH BIN SYED NOR AL-BUKHARY
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary merupakan salah seorang daripada 4 orang ahli uasahwan yang sangat sangat berpengaruh di Malaysia. Beliau yang mengikut bapanya merantau ketiaka di usia muda merupakan kelahiran dan anak jati negeri Kedah.
Pada mulanya, beliau menjalankan perniagaan menjual sayur sayuran ketika usianya masih kecil. Namun, disebabkan masalah yang timbul dan tidak boleh dikawal, beliau akhirnya bertukar kepada menjalankan perniagaan menjual daging lembu di sekitar Kedah.
Setelah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan, akhirnya aset yang dimiliki beliau terus berkembang dan beliau menjalankan pula perniagaan berasaskan bahan mentah iaitu beras. Seperti yang diketahui umum, negeri Kedah adalah pengeluar beras utama di negara kita. Beliau yang bijak merebut peluang telah membuka satu syarikat iaitu syarikat yanmg diberi nama BERNAS.
Dalam konteks lainnya, beliau banyak menjalankan kerja-kerja amal dimana beliau membantu rakyat Malaysia dengan menubuhkan Yayasan al-Bukhary, masjid-masjid iaitu sebanyak 20 buah masjid dan membina Musium Kesenian Islam.
Banyak lagi kejayaan beliau dan sumbangan beliau kepada rakyat Malaysia. Beliau pada saya layak diangkat menjadi pejuang masyarakat yang selalu bermurah hati dalam bentuk kebajikan.
Kini, beliau dinamakan sebagai salah seorang usahawan yang terkaya di Malaysia.
4. ROZITA IBRAHIM
Rozita Ibrahim adalah merupakan pengasas kepada produk kecantikan berasakan herba yang terkenal di Malaysia iaitu produk yang diberi nama Sendayu Tinggi.
Menyinkap kembali kisah beliau, beliau dilahirkan oleh keluarga yang tidak berkemampuan. Hidupnya dahulu hanya membuatkerja-kerja kampung dan menoreh getah di kampung. Keadaan ini membuatkan Rozita sangat terhimpit oleh situasi dirinya dan elonomi negara yang tidak terlalu meberangsangkan.
Dengan bermodalkan RM 400, Rozita berusaha untuk menjalankan perniagaan dan merubah nasib keluarga. Beliau mencipta sendiri produk kesihatan dan kecantikan yang berasakan bahan bahan semulajadi dan bahan bahan herba untuk dijual kepada pelanggan.
Dengan usaha beliau, beliau berjaya membuka satu kedai di kawasan negeri Selangor untuk memulakan perniagaan. Pada mulanya, perniagaan beliau hanyalah sedikit dan tidak berapa memberangsangkan. Namun setelah beberapa ketika, perniagaan beliau bangkit dan terus maju.
Beliau kini mempunyai syarikat iaitu Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd
ARTIKEL
ARTIKEL 1
TAJUK : DEFINISI USAHAWAN
SUMBER : https://forumusahawanmuda.wordpress.com/artikel-2/media-2/
HURAIAN :
Artikel ini menerangkan mengenai maksud usahawan dan pengetahuan-pengetahuan lain terhadap ilmu keusahawanan. Di dalam blog ini, usahawan didefinisikan sebagai peri laku atau gaya usahawan bertindak terhadap peluang, memulakan perniagaa, mengembang dan mempertahankan daya maju yang telah diterokainya.
Didalam artikel ini juga ada menceritakan mengenai faktor faktor seseorang itu terdorong untuk menjadi usahawan termasuklah Pulling Factors dan Pushing Factor.
Untuk ilmu asas keusahawanan dan kepada pembaca yang ingin mengetahui bahawa apakah yang dinamakan dengan kusahawanan, anda digalakkan untuk membaca artikel ini.
ARTIKEL 2
TAJUK : KEBUDAYAAN KEUSAHAWANAN ISLAM
SUMBER : http://kelippinks.blogspot.com/2014/10/kebudayaan-keusahawanan-islam_13.html
HURAIAN :
Di dalam artikel yang saya jumpa di internet ini, seperti yang tertera pada blog tersebut, blog ini menceritakan tentang budaya keusahawanan dalam perspektif Islam.
Artikel ini menerangkan bahawa keusahawanan ini berjalan seiring dengan Islam, Tidak dapat dinafikan bahawa dalam setiap apa yang dibuat dan diniagakan kepada orang ramai, kita haruslah sentiasa ingat bahawa perniagaan yang dijalankan itu tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan dalam Islam.
Artikel ini juga ada menerangkan nilai2 murni yang patut diterapkan dalam perniagaan islam seperti AMANAH, SABAR dan juga sifat suka BERSEDEKAH.
Tidak lupa juga untuk sentiasa berani dalam mengambil risiko dan tidak cepat berputus asa.
Semoga apa yang dikongsikan dalam artikel ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua dalam menjalankan perniagaan berlandaskan Islam :)
ARTIKEL 3
TAJUK : BUDAYA NIAGA (BELIA PERLU REBUT PELUANG)
SUMBER : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131216/re_06/Budaya-niaga-Belia-perlu-rebut-peluang
HURAIAN :
Di dalam artikel ini, mereka membincangkan isu semasa di mana kebanyakan graduan yang baru sahaja menamatkan pelajaran tidak mendapat pekerjaan kerana sikap memilih yang ada di dalam diri mereka.
Artikel ini juga memberi pendapat bahawa belia negara pada masa kini perlu terjun dalam bidang perniagaan dan menceburkan diri dalam perniagaan kerana ia dapat memberi pulangan yang tinggi malah dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara.
ARTIKEL 4
TAJUK : MEMPERKASA USAHAWAN DESA
SUMBER : http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130925/re_01/Memperkasa-usahawan-desa
HURAIAN :
Artikel ini menceritakan betapa tahap pembangunan usahawan-usahawan luar bandar masih lagi menunjukkan bilangan yang kecil berbanding usahawan yang di kawasan bandar di Malaysia.
Hal ini dikatakan kerana usahawan di luar bandar tidak terdedah dengan ilmu keusahawanan dan tidak diberi pendedahan yang meluas daripada pihak yang bertanggungjawab.
ARTIKEL 5
TAJUK : SATE KAJANG HAJI SAMURI KE PERSADA ANTARABANGSA
SUMBER : http://dwnekonomi.dbp.my/wordpress/?p=498
HURAIAN :
Umum tahu bahawa sate merupakan makanan tradisi masyarakat di Malaysia. Di dalam artikel ini ada menerangkan bagaimana makanan yang dianggap biasa itu menjadi satu kegilaa masyarakat di Malaysia malah di seluruh dunia malah mencapai tahap antarabangsa.
ARTIKEL 6
TAJUK : EZANY TAK MALU JUAL BELACAN
SUMBER:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_15.htm
HURAIAN :
Siapa Ezany? Dan apakah yang telah dilakukan pemuda yang merupakan seorang artis tanah air di Malaysia ini sehingga ramai yang memperkatakan mengenai beliau?
Untuk pengetahuan, Ezany merupakan seorang pelakon di Malaysia yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Apa yang dibuat oleh beliau ialah sesuatu yang di anggap berani kerana beliau telah memulakan perniagaan jual belacan.
BUSINESS ONLINE